APAKAH STEMCELL ?

APPLE

Apakah Stem Cell ?

Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Kata-kata itulah yang mungkin selalu terngiang-ngiang di kepala para peneliti di dunia kedoktoran sehingga mereka tidak pernah berputus asa mencari terapi terbaik demi kesembuhan pesakit.

Salah satu teknologi perubatan yang saat ini sedang dikembangkan dengan pesat ialah teknologi sel stem(‘stem cell’). Pengembangan sel stem memberi harapan baru bagi penyembuhan berbagai penyakit yang belum ada ubatnya sampai saat ini.

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang merupakan sel induk (master cell) di mana ia boleh bertukar, membiak dan membentuk dengan sendirinya menjadi pelbagai jenis sel dalam badan kita seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan semua jenis sel. .

Terapi sel stem ialah sekumpulan prosedur baru dan teknologi yang memperkenalkan sel yang berkeupayaan untuk menjana atau menggantikan sel-sel yang berpenyakit dengan sel-sel baru yang sihat dan boleh berfungsi.

Sel Stem ternyata boleh digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gentian bagi merawat lebih 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, kanser, down syndrome, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi.

Kaedah perubatan sel stem ini juga dipanggil ‘cell transplantation’ (dikenali sebagai ‘zellentherapie’ di Eropah) telah digunakan untuk merawat lebih lima juta pesakit (menurut statistik yang berpengkalan di Jerman) yang turut menyatakan sel stem memiliki kemampuan untuk mengembalikan ingatan pesakit Alzheimer, menggantikan kulit yang hilang akibat kecelakaan yang mengerikan atau menyembuhkan orang yang begantung pada kerusi roda agar kembali dapat berjalan.

Itulah di antara beberapa bukti tentang kehebatan perubatan menggunakan sel stem ini. Sel Stem boleh di dapati dari tali pusat bayi yang baru di lahirkan, juga boleh di dapati dari sel organ dan sel sum sum tulang manusia.

Darah di dalam tali pusat bayi dalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarganya sahaja. Sel Stem juga dewasa kini banyak di ambil dari sel haiwan seperti arnab.

Kecanggihan teknologi perubatan sel stem tidak ada penghujungnya…

Penyelidikan tentang sel stem semakin giat dijalankan oleh saintis dunia dan akhirnya kini Sel Stem tidak lagi di perolehi dari stem manusia atau haiwan, tapi di ambil dari buah-buahan.

Salah Satu Buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk memproduksi stem sel ialah BUAH EPAL.

Teknologi ini lebih di kenali sebagai APPLE STEM CELL (SEL STEM BUAH EPAL)

Jutawan Double Stem Cell Apple

 

 

Rehat di KLCC

Salam Sejahtera,

Pertama sekali saya mengucap syukur ke hadrat Allah Taala di atas kurnia dan rahmat-Nya saya membuat Blog Double Stem Cell Apple ini sebagai penyalur maklumat dan info berguna untuk masyarakat.

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw sekeluarga dan sahabat baginda.

Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung laman blog saya yang sudi singgah walaupun untuk seketika.